Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum
RSS

Pages

Thursday, March 14, 2013

AKTIVITI 2: SYABAS KAWAN



OBJEKTIF   
1)    Melatih murid supaya lebih fokus dan bersedia
2)    Memupuk semangat berkerjasama dan membina kemahiran social
3)    Memupuk semangat persaingan positif dalam mencapai sesuatu matlamat
4)    untuk memastikan murid terus fokus untuk sesi pembelajaran seterusnya
5)    Memastikan pelajar sentiasa bertenaga untuk meneruskan sesi pembelajaran
6)    Sebagai aktiviti take five pelajar

LANGKAH PELAKSANAAN


  1. Guru mengarahkan pelajar mencari pasangan atau buddy dan menyuruh mereka berada secara berpasangan didalam kelas.
  2. Seterusnya guru memberikan setiap pasangan murid nombor masing-masing 1-20. Guru memastikan setiap pasangan murid tahu nombor pasangan masing-masing
  3. Aktiviti diteruskan dengan guru menyebut mana-mana angka dari 1-20 dan pasangan murid yang mana angkanya disebut haruslah menjawab perkataan syabas dengan pantas dan jelas.sekiranya pasangan murid menjawab dengan lambat ataupun kurang jelas pasangan tersebut akan disingkirkan.
  4. Untuk memberi lebih cabaran guru perlu menukar nombor pasangan.
  5. Guru tidak terhad kepada perkataan syabas sahaja malah boleh menggunakan perkataan seperti yakin, mantap, hebat, gempak.

AKTIVITI 1 : AYAM KOKOK


OBJEKTIF
1.    Melatih murid supaya lebih fokus dan bersedia
2.    Memupuk semangat berkerjasama dan membina kemahiran social
3.    Memupuk semangat persaingan positif dalam mencapai sesuatu matlamat
4.    untuk memastikan murid terus fokus untuk sesi pembelajaran seterusnya

LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI

1)     guru mengarahkan murid membuat satu bulatan yang besar dan semua ahli kelas terlibat. Permainan ini juga boleh dibahagikan kepada dua bulatan iaitu bulatan pelajar lelaki dan bulatan pelajar perempuan.
2)     Permainan ayat kokok-kokok dimainkan dengan cara guru memilih mana-mana murid didalam bulatan untuk memulakan permainan
3)     Murid yang dipilih akan memulakan permainan dengan memilih sama ada ingin melakukan isyarat tangan dimata sambil menyebut kokok kekanan atau kekiri
4)     Sekiranya isyarat kokok dilakukan kepada pelajar disebelah kanan pelajar tersebut perlulah melakukan isyarat kokok kearah kanan atau kiri begitu juga sebaliknya.
5)     Permainan ini memerlukan daya fokus yang tinggi. Pelajar akan disingkirkan dari bulatan permainan sekiranya gagal membalas isyarat kokok dengan pantas dan jelas.
6)     Guru perlu membimbing pelajar dalam permainan ini agar tiada salah faham antara pelajar
7)     Permaianan tamat bilamana dalam bulatan hanya tinggal 2 orang pelajar sahaja.
Lakukan beberapa kali. Kelas anda pasti akan riuh-rendah dengan permainan yang menyeronokkan ini!

TUGASAN PROJEK

SITUASI BILIK DARJAH




“ish ish... apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. "Murid- murid, sila duduk di tempat masing- masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid- murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid- murid yang masih leka dengan hal masing- masing.

PERSOALANNYA:
1. APA FAKTORNYA???
2. BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA??

"WAHAI CIKGU-CIKGU SEKALIAN, BERSEDIAKAH ANDA SEMUA UNTUK MENGHADAPI KEADAAN SEBEGINI??" BERSEDIALAH MUNGKIN KITA AKAN MENGHADAPINYA!!!"




KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH



Richards (1990)
Beliau mentafsirkn pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  
Alberto & Troutman (1986)  
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Marland (1975)  
Mengatakan suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan "kawan" atau "musuh dalam pengajaran".