Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum
RSS

Pages

Thursday, March 14, 2013

AKTIVITI 1 : AYAM KOKOK


OBJEKTIF
1.    Melatih murid supaya lebih fokus dan bersedia
2.    Memupuk semangat berkerjasama dan membina kemahiran social
3.    Memupuk semangat persaingan positif dalam mencapai sesuatu matlamat
4.    untuk memastikan murid terus fokus untuk sesi pembelajaran seterusnya

LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI

1)     guru mengarahkan murid membuat satu bulatan yang besar dan semua ahli kelas terlibat. Permainan ini juga boleh dibahagikan kepada dua bulatan iaitu bulatan pelajar lelaki dan bulatan pelajar perempuan.
2)     Permainan ayat kokok-kokok dimainkan dengan cara guru memilih mana-mana murid didalam bulatan untuk memulakan permainan
3)     Murid yang dipilih akan memulakan permainan dengan memilih sama ada ingin melakukan isyarat tangan dimata sambil menyebut kokok kekanan atau kekiri
4)     Sekiranya isyarat kokok dilakukan kepada pelajar disebelah kanan pelajar tersebut perlulah melakukan isyarat kokok kearah kanan atau kiri begitu juga sebaliknya.
5)     Permainan ini memerlukan daya fokus yang tinggi. Pelajar akan disingkirkan dari bulatan permainan sekiranya gagal membalas isyarat kokok dengan pantas dan jelas.
6)     Guru perlu membimbing pelajar dalam permainan ini agar tiada salah faham antara pelajar
7)     Permaianan tamat bilamana dalam bulatan hanya tinggal 2 orang pelajar sahaja.
Lakukan beberapa kali. Kelas anda pasti akan riuh-rendah dengan permainan yang menyeronokkan ini!

0 comments:

Post a Comment